Thursday, February 17, 2011

Bagaimana nk dapat followers yang ramai ?

Soalan bonus yang aku dapat dari shoutbox. Aku tak tahu jawapan untuk soalan kau melainkan jawapan untuk diri aku sendiri.  Lebih baik tanya pada blogger otai.

Baiklah, selain menghasilkan entri yang baik dan menarik hati pembaca, ada berbagai teknik lain iaitu datang blog orang lain sambil jerit "follow blog aku!". Kalau rasa blog kau hebat, boleh jerit seperti ini "follow blog aku yang hebat!". 

Teknik yang femes ibarat dialog hero muvi titanic. Cuma edit sikit dengan dialog berbunyi "u follow, i follow". Jangan lupa tambah ayat "read my blog everyday". Persoalannya mahukah dia? Agaknya follow pun terpaksa kan. Ini gurauan saja.

Baiklah, yang serius, aku rasa ia berkaitan dengan "first impression". Blog cantik dan entri yang menarik atau blogger hensem dan cun. Ramai yang sindir follower ramai sebab muka cun, tak salah kan? Setiap blog punya konsep tersendiri. Misalnya blog model cun.

Aku mula blogging tahun 2009. Tahun 2010 baru letak widget follower. Blogger lain mula blog tak sampai setengah tahun dah beribu follower. Nampak sangat aku lembab kan. Aku mula kenal nuffnang pada hujung tahun 2009 atas tunjuk ajar brader Kulanz Salleh, antara blogger yang dah bergiat lama. Konsep blog aku sering berubah kerana nuffnang. Sekarang aku dah tak peduli. Janji aku layan hobi.


Coretan Gadis Kecil

0 comments: